::ASSALAMUALAIKUM::TeRiMa KaSiH KeRaNa MeLaYaRi WebLogs Amirul Reza Fahmi: "BERSAMA KITA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

| HoMe | | WeBlog Al-Kisah (Preview) | | Laman TVPAS.COM | | Opszionis Media |



<< October 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


:: My PicTuRe ::



:: TV KITA::

TvPAS.com
Live Streaming...........




:: TVPAS MALAYSIA ::





:: WAKTU SOLAT ::



:: QALAM EDITOR ::


up-2-date : 27 November 2006


"SeLaMat MeLayaRi WEBloGs AmiRuL ReZa FaHmi"





Profil Editor



"Editor adalah seorang anak kampung yang terletak di Pekan Pasir Puteh, Kelantan. Kini telah bertugas selaku wartawan di tvpas.com.... Terima Kasih"


PROFIL KU



NAZRAN FAHMI
KUALA LUMPUR
Bekas Mahasiswa USM, Jurusan Kejuruteraan Kimia...
Kini merupakan Wartawan, Jurukamera Sepenuh masa untuk TvPAS.com"

:: Pencarian Maklumat ::

Google
Web amirulreza.blogdrive.com


:: Coretan Lepas::


:: Arkib Terpilih ::


  • Tahniah....Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta! (Jul 31, 05)
  • Apa Respon Pengguna(Buat-Buat Selamba)Apabila Minyak Naik?-Sumber TV3(Jul 31,05)
  • Minyak Naik,Rakyat Tanggung,Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'(Aug 02,05)
  • Kisah Sebenar disebalik kenaikan harga minyak di Malaysia Kini(Feb 28,06)
  • Wawancara Bersama Najib Dlm program Isu Semasa Khas Bersama YAB (March 2,06)
  • Implikasi Antara Teori Dan Realiti Penggunaan Kad Fleet Terhadap Kenaikan Harga Minyak(March 3,06)
  • Catatan Demo Kenaikan Harga Minyak di KLCC (March 3,06)
  • Siapa Cakap Harga Barang Tak Naik...Ni ada senarai harga yang naik..! (March 5,06)
  • Demo Ke-2 Kenaikan Harga Minyak:FRU Serang ? (March 10,06)


    :: Ruangan Pengundian ::

    D
    I
    M
    A
    N
    A
    K
    A
    H

    P
    O
    S
    I
    S
    I

    A
    N
    D
    A

    ?
    Berapakah Bil. Elektrik anda sebulan ?

    Sentiasa Kurang RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Lebih RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Bersamaan RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Lebih RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Kurang RM 44.00 sebulan


    :: Pautan Informasi ::


    International News




    World Sports News

    Subscribe with Bloglines

    Lain-lain Informasi...














    Ingin Tahu Berita Terkini...

    Laman Cerminan kelatedaily
    Powered by groups.yahoo.com
    Apabila Anda Berdaftar,segala berita terkini akan di'e-mail'kan kpd anda

    :: Pautan Live ::

    tvPAS.com

    IKIM.FM

    usm.fm - New Usm music





    :: Pautan Riadah::

    Menyemai Kasih, Memupuk Ukhwah




    :: PauTan TerBaiK ::

    | TG Haji Hadi |
    | Jabatan Mufti Perak |
    | P.A.S |
    | DP PAS Penang | | Keadilan Rakyat |
    | DS Anwar Ibrahim | | WebRTV Pas |
    | PAS P.Buntar | | D.P PAS Pusat |
    | TerengganuKini | | MalaysiaKini |
    | BLOGGERS UNITED | | WanitaKini |
    | D.Muslimat PAS Pusat | | Rocky's Bru|
    | Roslan_SMS | | ScreenShots |
    | Hanipa Maidin | | Agenda Daily |
    | WTV8 |


    :: Special Blogs ::


    | PAS N.Sembilan | | PAS TG. Karang |
    | DP Pas Bukit Katil | | DP Pas Seremban |
    | PAS Cheras Jaya | | DP Pas Jasin |
    | DP Pas Johor | | DP Pas Subang |
    | DP Pas PJ Utara |


    :: WeBlogs Kawan ::

    | Cikgu Komando | | Cyber Poyo |
    | Darul Numan | | Elmafraqi |
    | FarEaster | | CheGu Bard |
    | Dr. Petunjuk | | Langkap(PAS Setiu) |
    | Mukhtar Suhaili | | Mujahid |
    | Naim | | Najwa |
    | Harapan-Online | | Norayhunt |
    | Rozmal Malakan | | Sokai |
    | Tok Janggut | | Ust Nasrudin |
    | PakNgah | | Dhany SaLaFiaN |
    | Zaiman Mansor | | Musafir Lalu |
    | Gobalakrishnan |



  • :: ANDA ADALAH PELAYAR KE ::
    counter
    sejak 23 Jan 2005



    :: RUANGAN PEMANTAUAN::


    Ukhwah.com :: Top Blog



    Weather for Penang-Refresh this page to get the latest info
    Penang, Malaysia
     







    :: Promoting Corner ::


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Layout edited from the Huntington template from: BlogDrive
    Image from: MorgueFile
    Designed by: Uncommon Thoughts

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    Serenity


    Parlimen Malaysia
    Tuesday, July 01, 2008
    Pindah..pindah.... ke http://amirulreza.blogspot.com

    Ya, kawan-kawan sekalian, sudah lama saya nak pindah tapi rentetan kesibukan kerja nak buat blog baru terbatas. Tapi kali ni, blog berkenaan dah siap namun masih 'muda'.

    Ok ini alamat baru, http://amirulreza.blogspot.com.

    Jumpa disana.


    TerBiT PaDa 07:59 pm OleH fahisran
    Comment (1)


    Monday, June 23, 2008
    Jawab Komen... pasal tvPAS

    Ketika saya menyiarkan siaran langsung Perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor, 20 Jun lalu, saya ketika baru sahaja balik dari melakukan kerja di Perak, tidak sempat ambil rehat, tanpa pulang ke rumah saya terus ke Stadium Shah Alam.

    Saya mula ke Perak 18 Jun lalu dan sememangnya inilah kerja kami. Rasa-rasa ada orang support tak ? Yang pasti sejak saya bekerja bermula September 2006, saya tidak mengeluh tentang kos, wang, pitih, ongkos.... Saya ke sana adalah atas kerja kewartawanan saya dan untuk merayu siapa-siapa anggota Pakatan Rakyat membantu kami... bukan kami tak buat malah sudah lama kami merayu. Tetapi sedarlah, kita bukannya BN yang boleh senang-senang memberi bantuan kepada pekerja seperti kami ini.

    Namun, beberapa hari lalu saya dapat komen sebegini.

    Agak lewat saya nak bagi komen tapi nampaknya ruang masih ada jadi ini komen saya.

    Kita dalam jamaah islam ini ada peranan masing-masing dalam menyebarkan risalah perjuangan parti. Pokoknya tiap seorang daripada kita sepatutunya tidak terlepas dari tanggungjawab ini.

    Perjuangan kita dengan harta benda dan jiwa raga kita. Sekarang apa yang kita mampu lakukan untuk perjuangan ini ?

    Kalau dengan mencetak vcd itu boleh disalurkan risalah perjuangan ini alhamdulillah.Apanya nilai ringgit jika nak dibandingkan dengan faedah yang diperolehi dengan menyebarkan risalah islam ini kepada masyarakat, walaupun ada keuntungan pada 'perompak, itu rezeki dia. Apa dibuatnya itu pun ada kos juga.

    Imam Syafie, berapa banyak menulis untuk ditinggalkan kitab-kitabnya,berapa royalti yang dia dapat kat dunia ni. Kemudian dari kitab beliau kita ambil ilmunya dan kita buat buku kita pula ,berapa royalti yang nak kita bayar kepada Imam Syafie?

    Kalau dalam menyebarkan Islam pun diambilkira soal untung rugi dengan nilai duit ni, baik jangan bercakap tentang islam.

    Orang kristian sanggup mengeluarkan duit untuk pikat manusia lain kepada agama mereka tapi kita pula berbicara tentang untung rugi. Segan lah...

    (Lokman)

    Saya bukan mahu mengungkit, berdosa kah kami meminta sedikit royalti dari seseorang yang menjual VCD dari berita yang telah diterbitkan untuk kesinambungan kami ?

    Saya juga ingin bertanya kepada penulis berkenaan, adakah anda mahu kami berjalan kaki untuk membuat liputan di Selangor, KL, Perak atau Kedah ? Ya, orang kristian sanggup mengeluarkan duit untuk pikat manusia kepada agama mereka tapi adakah anda mengeluarkan duit untuk membantu pekerja seperti kami ?

    Tahukah kita, orang yang menjual itu dengan terang-terang mengaku mereka mendapat surat kuasa dari tvpas untuk menjual VCD ? Malah ada yang menggunakan nama kami untuk mendapatkan projek, sedangkan projek yang mereka dapat masuk dalam akaun mereka tanpa satu sen pun masuk dalam akaun kami.

    Kalau nak dikatakan segan, kami mungkin langsung tidak akan memulakan dunia berita video ini untuk perjuangan kita bersama. Seperti yang saya katakan dulu, BERITA VIDEO bukannya seperti dunia penulisan seperti Harakah, Siasah dan sebagainya. Penerbitan kami memerlukan kos dari segi kamera, server yang kuat dan sebagainya.

    Pendek kata, kos diperlukan untuk upgrade kan web kami. Sebab itu, keadaan webtvpas sebelum ini masih sebegitu walaupun telah beberapa lama wujud di alam maya ini, kerana ramai dikalangan kita suka menonton, suka mengkritik siaran langsung yang kuat buffering tapi tidak mahu menyokong dari segi kos untuk memantapkan lagi server.

    Kami juga banyak menggunakan tenaga untuk editing, mencari berita dan sebagainya dan tidak ada orang yang khusus untuk menduplicate VCD untuk jualan, apa tidaknya kalau menambah staf bermakna penambahan kos gaji.

    Selain itu, tvpas kini tidak lagi meletakkan ceramah atau tazkirah di lamannya kerana untuk menjimatkan 'Data Transfer' dari terus digunakan. Jika tidak dijimatkan, mungkin pertengahan bulan tiada satu pun video yang boleh dilihat. Jika berita kita boleh masukkannya dalam youtube, tetapi ceramah yang panjangnya 1 jam atau lebih, adakah ia muat dalam youtube, maksimum kapasiti untuk video di youtube adalah 10 minit.

    Beginilah, untuk memudah cerita apa kata, kepada Hamba Allah yang duplicate VCD dari tvpas dan menjualnya, memberi sedikit royalti kepada kami untuk bergerak ke hadapan, masukkan sahaja wang ke dalam akaun JANA DAMAI SDN BHD (5140 7500 3853). Jika setiap jualan boleh mencecah beribu-ribu RM apa salahnya memberi sikit royalti kepada syarikat ini.

    Selain itu, apabila saya buat siaran langsung, mesti ada komen gambar tersekat-sekat, gambat tak clear dan sebagainya, sedangkan kita sebenarnya tidak membantu 'tukang' yang streaming itu dari segi kewangan untuk menambahbaik kemudahan yang ada.

    Kita meminta sumbangan bukan kerana dunia, tetapi untuk memudahkan kami terus membantu Pakatan Rakyat terus mara untuk mengambil alih Malaysia dari tangan BN. Kalau hendak dikatakan kami mementingkan wang, pihak kami mungkin tidak akan mengeluarkan pelbagai VCD penerangan kepada rakyat seperti di Kedah dan Kelantan untuk sebaran umum ketika PRU-12 tempoh hari. Masa itu, VCD diedarkan percuma tanpa meminta duit pun dari rakyat.

    Tetapi kini, PRU sudah berakhir,... keadaan juga telah berbeza. Kini kami pula perlukan sesuatu untuk terus berbakti. Mungkin apa yang rakyat mahu, kita buka pejabat ditepi jalan, sambil berlilin untuk membuat suatu berita pada sebelah malamnya, jika assignment di Selangor atau sebagainya, kami diminta untuk berbasikal. Kamera video itu pula, perlukan 'tape', mungkin kami diminta mendapatkannya dari sesiapa yang ingin memberi sumbangan.

     


    TerBiT PaDa 07:18 pm OleH fahisran
    Sila Komen


    Wednesday, June 11, 2008
    SALAHUDDIN... KALAH KE..?

    Nampaknya ramai teman-teman di laman web di Tranungkite dan Malaysiakini komen dengan rasa yang tidak puas hati dengan debat yang berlangsung semalam. Benarkah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub gagal berdebat lawan Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Samad mengenai kenaikan harga minyak?

    Baiklah, bagi saya terdapat beberapa hujah Salahudin dari segi angka atau faktanya seperti dikesampingkan oleh Shahrir, contohnya istilah keuntungan dan pendapatan tetapi fakta ini sebenarnya dirujuk Salahudin Dari Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz. Satu lagi adalah mengenai hujah harga minyak pada tahun 2006 yang disebut USD 80 sebarrel, itu pun disebut Salahudin 'kalau tak silap saya'. Ini bagi saya salahlah pasal pada masa itu antara USD 60 sebarrel, rekod paling tinggi pun pada kadar USD 70.85 sebarrel pada Ogos 2005. Sila rujuk kajian saya mengenai kenaikan harga minyak pada artikel saya pada 28 Februari 2006. (http://amirulreza.blogdrive.com/archive/192.html)

    Cuma apa yang difokuskan Salahudin tindakan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan di kabinet mengenai pengabaian kerajaan yang tidak mengadakan langkah susulan mengenai kenaikan harga minyak dunia pada tahun 2006.

    Tetapi apabila dipertikai angka atau istilah rata-rata moral pendengar kita ini sudah kata Salahudin sudah tewas. Tetapi ketika dipertikai Shahrir, adakah Shahrir sebut keuntungan sebenar Petronas ? Kalau benar apa yang diistilah Salahudin sebagai 'keuntungan' Petronas adalah salah ? Satu lagi ketika dipertikai nilai minyak pada tahun 2006, adakah Shahrir sebut nilai sebenar pada masa itu ?

    Yang penting, Shahrir juga berjaya alihkan isu kelemahannya kepada kelemahan Salahudin dan kita yang sedang naik minyak dengan kenaikan harga minyak ini terus melatah.

    Bagi saya, kedua-dua panel ada kelemahan dan kekurangan.


    TerBiT PaDa 07:23 pm OleH fahisran
    Sila Komen


    Monday, June 09, 2008
    Lanun VCD tvPAS kantoi.... ?

    Jadi benarlah siasatan kami bahawa memang ada yang mendownload berita atau ceramah dari tvpas dan membuat keuntungan beribu-ribu ringgit ! Terbaru salah seorang penonton tvpas yang tinggal di Shah Alam dapat mencekup hamba Allah yang sedang menjual VCD tvpas tanpa kebenaran kami.

    Selidik punya selidik rupanya 'Otai' yang membuat kerja ini adalah orang yang berasal dari Kampung Baru, KL. Bila dengar sahaja pengakuan hamba Allah dari Kg Baru ini pedih juga bunyinya apabila kutipan jualan agak tinggi ! Pekerja tvpas pun tak dapat pendapatan begitu rupa. Aduh....

    Apa yang nak dibuat sekarang,... Ini baru seorang yang dicekup, bagaimana yang lain,.. ketika kami yang merintih akibat kos operasi, sedap-sedap sahaja orang lain dapat duit. Yang pasti, orang yang mengaku jadi ahli PAS tetapi menjual VCD haram, ishh... cukup memalukan, baik tak payah jadi ahli PAS lah.

    Mungkin kami yang umpama lilin ini akan berubah ke bidang lain selepas ini kerana mahu survival pekerjaan kami. Masa itu, ingatlah bukan orang lain yang menjahanamkan media alternatif PAS melainkan orang yang mengaku memperjuangkan PAS sendiri...

    Wallahuaklam.


    TerBiT PaDa 03:07 pm OleH fahisran
    Comments (5)


    Wednesday, June 04, 2008
    ALAMI SENDIRI BARU TAHU PERITNYA....

    Rasanya mahu juga diluahkan apa pandangan saya selaku orang yang bergiat secara terus dengan tvpas.com dengan orang yang memerhatikannya. Ini pandangan saya dan bukan mewakili keseluruhan jentera tvpas.com.

    Saya sering kali memerhatikan komen pengguna melalui service@tvpas.com ini adalah petikan komen pengguna mengenai saranan kami berkenaan mengenakan bayaran untuk pengguna tvpas.com.

    Tindakan Tvpas.com mengenakan bayaran kepada pengunjung bagi menampung kos operasi adalah tidak wajar.Tindakan ini akan dipertikaikan oleh pengunjung dan ini menyebabkan populariti tvpas akan terjejas.Pada pandangan saya tvpas tidak lebih dari sebuah blog yang hanya menyiarkan video berita dan diary perkembangan parti Pas.Tiada siaran langsung(live) mengenai berita terkini,acara-acara yang disiarkan.

    Tvpas bukanlah sama seperti tv aliran perdana yang menyiarkan apa sahaja 24/7 slot-slot rancangan yang mengisi kekosongan.Jadi,kenapa pengunjung perlu membayar?.Qualiti siaran,video masih boleh dipertikaikan oleh pengunjung.Web Interface lebih kurang sebuah blog jika dibandingkan dengan tv3.com.my.Kenapa tidak sahaja tvpas ini diletakkan dalam sebuah blog?,percuma dan ini akan mengurangkan kos operasi.Apa yang penting bagi penyokong PAS adalah mereka dapat mengikuti perkembangan semasa parti yang mereka sayangi tanpa halangan.
     

    Jika cadangan ini adalah cadangan terkebelakang dan tidak membantu perjuangan parti PAS maka saya mencadangkan cadangan lain iaitu tvpas mewujudkan tabung sumbangan dimana pengunjung boleh menyumbangkan duit mereka melalui SMS,CEK,PAyPAL,Kredit Kad dan lain-lain.Satu kolum perlu diletakkan dalam halaman tvpas.com untuk memaparkan target minima sumbangan pada setiap bulan,cara menyumbang dan sebagainya.
     

    Pengunjung tidak boleh dipaksa untuk membayar,cara ini perlu dielakkan.Perkara paling popular dalam internet adalah yang percuma.Lihat sajalah laman web yang menyediakan berita politik tanpa mengenakan bayaran mendapat sambutan yang tinggi.Adakah tvpas.com mahu meneruskan cadangan mengenakan bayaran?

    Penyokong PAS (ore kelate).

    Sedar atau tidak sudah hampir 2 tahun tvpas.com beroperasi dengan modal permulaan dari PAS untuk media alternatif bervideo. Rasanya sebelum ini masih kurang pengguna web menggunakan video untuk media secara langsung.

    Mengikut pengalaman saya, saya pernah mengikuti malah berkawan rapat dengan media bertulis dan saya adaptasi dari pengarang berwibawa di Harakahdaily terutamanya untuk menjadi wartawan broadcasting. Disamping mendapat tunjuk ajar dari bekas tenaga Tv swasta.

    Baiklah, untuk masuk dalam industri ini, bukan satu perkara yang mudah. Ok, dulu tvpas hanya buat video, selepas itu saya bergerak untuk bersiaran Live, bukan sekejap tapi '24 jam' itu perlukan server, yang boleh menampung 700 orang lebih. Itu dulu, tetapi apabila kewangan membataskan kami, saya kurangkan live malah sekarang live bukan lagi menerusi server kami kerana Data Transfer hanya difokuskan kepada Video On Demand yang satu-satu ketika melayari lebih 600 orang.

    Jadi, apa perlu buat, guna yang free, baiklah jika kami berbuat demikian, atau tidak sekalipun kami tetap perlukan kewangan untuk bekerja kerana ini adalah pekerjaan kami bukan Part Time. Maintainance Kamera Video, Pejabat, kos untuk membuat liputan, dan lain-lain, adakah itu percuma ?

    Setahu saya, tvpas seboleh mungkin mahu bergerak lebih jauh dari biasa. Malah interface web baru juga sedang dibuat ke arah itu. Adakah kita mahu kita dengan agresifnya menumpukan kepada berita video ketika dekat dengan PRU sahaja ?

    Saya tak nafikan ramai rasa apa yang dilakukan pihak ini mudah, apa tidaknya ramai yang 'download' dari laman tvpas.com dan buat berita sendiri secara blogging, masuk Youtube dan sebagainya.

    Setakat ini, video dari Kuala Lumpur dan Selangor adalah dari kameraman tvpas yang bertugas sepenuh masa dengan tvpas. Manakala visual dari Kelantan, Kedah dan sebagainya adalah Amatur.

    Itu sahaja yang ingin dikatakan setakat ini. Terserah kepada kita menilai. Baik kita berfikir untuk selesai masalah bukan sebaliknya.

    "Bukan popular yang ingin kita kejar...."


    TerBiT PaDa 06:13 pm OleH fahisran
    Sila Komen


    Saturday, May 31, 2008
    Back Square One....

    Sejak kebelakangan ini, banyak sangat peristiwa yang tanpa diduga terserlah di depan mata. Politik memang tentu sekali antara salah satu diantaranya. Makin diperhatikan makin interesting.... dan aku hanya memerhati dan membantu apa yang termampu.

    PRU-12, Mahathir Keluar UMNO,... dan sekarang Ezam masuk UMNO. Bagi aku Ezam adalah Ezam, orang yang mampu menghancurkan diri untuk orang lain. Sepanjang yang aku tahu, karektor Ezam ini boleh jadi apa sahaja,.. umpama kucing yang hanya fokus pada satu-satu target, walau apa pun yang aral melintang tetap mahu menerkam sesuatu target.

    Apa kata kita tengok sahaja apa jenis 'game' yang dimainkan dalam politik UMNO. Ramuan baru dah ada, nakhoda utama pula sudah tiada. Itulah dunia politik. Dan bagaimana pula dengan kita. Yang penting, apa yang kita mahu untuk generasi kita, bangsa kita, sebelum kiamat menjelma tiba. Sebab itu, politik perlu diselarikan dengan islam kerana islam menjadi peneraju perjuangan kita. Antara melayu dan islam, mana satu yang paling lama ?

    Ini pasal dunia aku pula... aku kalau diikutkan bermula Julai 2006 iaitu aku belum lagi mendapat skrol ijazah, aku telah diambil untuk membantu dunia politik ini terutama PAS. Siapalah aku pada masa itu yang hanya budak yang baru keluar dari dunia universiti.

    Tapi sedar atau tidak, aku merasakan aku sudah sampai masa dan ketikanya aku kembali ke perjalanan tersendiri aku, tapi ada pulak 'offer' dari dunia media lain yang ingin tarik aku masuk team mereka, ishhh susah juga aku nak fikir... walau apapun hidup perlu diteruskan...


    TerBiT PaDa 01:47 pm OleH fahisran
    Sila Komen


    Monday, April 28, 2008
    CARA NAK TENGOK TV INI....

    Dibawah ini adalah  sistem baru untuk streaming tvpas.com. Untuk melihat tv ini, anda download benda ini dahulu. "DOWNLOAD SOFTWARE"

    Ataupun tunggu explorer (I.E) anda autodownload 'active X' di komputer anda. (Tunggu benda ni kena sabar untuk mula-mula buka)

    Jika anda menggunakan Mozilla, setakat ini, plug in dia saya tak dapat, jadi Tv ni berfungsi hanya menggunakan I.E dan bukan Mozilla.

    Bila dah selesai, tekan butang "play", ok...

    Ok, kalau ada apa-apa komen, komen je... nanti ada masa saya jawab.


    TerBiT PaDa 09:43 pm OleH fahisran
    Comments (3)


    TEST P2P SOURCE TVPAS.COM KITA....

    Ini baru peringkat percubaan.... selamat menonton.

     

     


    TerBiT PaDa 05:03 pm OleH fahisran
    Comments (9)


    Next Page