::ASSALAMUALAIKUM::TeRiMa KaSiH KeRaNa MeLaYaRi WebLogs Amirul Reza Fahmi: "BERSAMA KITA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

| HoMe | | WeBlog Al-Kisah (Preview) | | Laman TVPAS.COM | | Opszionis Media |



<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


:: My PicTuRe ::



:: TV KITA::

TvPAS.com
Live Streaming...........




:: TVPAS MALAYSIA ::





:: WAKTU SOLAT ::



:: QALAM EDITOR ::


up-2-date : 27 November 2006


"SeLaMat MeLayaRi WEBloGs AmiRuL ReZa FaHmi"





Profil Editor



"Editor adalah seorang anak kampung yang terletak di Pekan Pasir Puteh, Kelantan. Kini telah bertugas selaku wartawan di tvpas.com.... Terima Kasih"


PROFIL KU



NAZRAN FAHMI
KUALA LUMPUR
Bekas Mahasiswa USM, Jurusan Kejuruteraan Kimia...
Kini merupakan Wartawan, Jurukamera Sepenuh masa untuk TvPAS.com"

:: Pencarian Maklumat ::

Google
Web amirulreza.blogdrive.com


:: Coretan Lepas::


:: Arkib Terpilih ::


  • Tahniah....Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta! (Jul 31, 05)
  • Apa Respon Pengguna(Buat-Buat Selamba)Apabila Minyak Naik?-Sumber TV3(Jul 31,05)
  • Minyak Naik,Rakyat Tanggung,Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'(Aug 02,05)
  • Kisah Sebenar disebalik kenaikan harga minyak di Malaysia Kini(Feb 28,06)
  • Wawancara Bersama Najib Dlm program Isu Semasa Khas Bersama YAB (March 2,06)
  • Implikasi Antara Teori Dan Realiti Penggunaan Kad Fleet Terhadap Kenaikan Harga Minyak(March 3,06)
  • Catatan Demo Kenaikan Harga Minyak di KLCC (March 3,06)
  • Siapa Cakap Harga Barang Tak Naik...Ni ada senarai harga yang naik..! (March 5,06)
  • Demo Ke-2 Kenaikan Harga Minyak:FRU Serang ? (March 10,06)


    :: Ruangan Pengundian ::

    D
    I
    M
    A
    N
    A
    K
    A
    H

    P
    O
    S
    I
    S
    I

    A
    N
    D
    A

    ?
    Berapakah Bil. Elektrik anda sebulan ?

    Sentiasa Kurang RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Lebih RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Bersamaan RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Lebih RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Kurang RM 44.00 sebulan


    :: Pautan Informasi ::


    International News




    World Sports News

    Subscribe with Bloglines

    Lain-lain Informasi...














    Ingin Tahu Berita Terkini...

    Laman Cerminan kelatedaily
    Powered by groups.yahoo.com
    Apabila Anda Berdaftar,segala berita terkini akan di'e-mail'kan kpd anda

    :: Pautan Live ::

    tvPAS.com

    IKIM.FM

    usm.fm - New Usm music





    :: Pautan Riadah::

    Menyemai Kasih, Memupuk Ukhwah




    :: PauTan TerBaiK ::

    | TG Haji Hadi |
    | Jabatan Mufti Perak |
    | P.A.S |
    | DP PAS Penang | | Keadilan Rakyat |
    | DS Anwar Ibrahim | | WebRTV Pas |
    | PAS P.Buntar | | D.P PAS Pusat |
    | TerengganuKini | | MalaysiaKini |
    | BLOGGERS UNITED | | WanitaKini |
    | D.Muslimat PAS Pusat | | Rocky's Bru|
    | Roslan_SMS | | ScreenShots |
    | Hanipa Maidin | | Agenda Daily |
    | WTV8 |


    :: Special Blogs ::


    | PAS N.Sembilan | | PAS TG. Karang |
    | DP Pas Bukit Katil | | DP Pas Seremban |
    | PAS Cheras Jaya | | DP Pas Jasin |
    | DP Pas Johor | | DP Pas Subang |
    | DP Pas PJ Utara |


    :: WeBlogs Kawan ::

    | Cikgu Komando | | Cyber Poyo |
    | Darul Numan | | Elmafraqi |
    | FarEaster | | CheGu Bard |
    | Dr. Petunjuk | | Langkap(PAS Setiu) |
    | Mukhtar Suhaili | | Mujahid |
    | Naim | | Najwa |
    | Harapan-Online | | Norayhunt |
    | Rozmal Malakan | | Sokai |
    | Tok Janggut | | Ust Nasrudin |
    | PakNgah | | Dhany SaLaFiaN |
    | Zaiman Mansor | | Musafir Lalu |
    | Gobalakrishnan |



  • :: ANDA ADALAH PELAYAR KE ::
    counter
    sejak 23 Jan 2005



    :: RUANGAN PEMANTAUAN::


    Ukhwah.com :: Top Blog



    Weather for Penang-Refresh this page to get the latest info
    Penang, Malaysia
     







    :: Promoting Corner ::


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Layout edited from the Huntington template from: BlogDrive
    Image from: MorgueFile
    Designed by: Uncommon Thoughts

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    Serenity


    Parlimen Malaysia
    Friday, March 03, 2006
    Implikasi Antara Teori Dan Realiti Penggunaan Kad Fleet Terhadap Kenaikan Harga Minyak

    Assalamualaikum w.b.t

    Apabila harga minyak dinaikkan, maka dengan fakta teori yang mantap, jitu, gemilang dan temberang itu akan memaparkan statistik bahawa harga barang tidak akan dinaikkan kerana kesan kenaikan harga minyak memberi kesan yang sedikit terhadap harga barang. Maka, ke hulu kehilirlah Syafie Afdal bertegang urat untuk mencanangkan fleet card-nya.

    Apa itu "Fleet Card" ?

    "Sistem ini ialah di mana kita beri 80 peratus bilangan kenderaan pengangkutan awam dan pengangkutan barangan-barangan swasta termasuklah bas sekolah, bas ekspres, teksi, prime mover, van dan sebagainya termasuk van mayat."

    "Lebih banyak jenis kenderaan ini, bererti bahawa mereka terpaksa bayar diesel yang mendapat pengurangan 15 sen. Jadi penambahan kos mereka hanya 15 sen, bukan 30 sen."

    Jadi jika harga barang dinaikkan juga apa yang perlu kita selaku hamba sahaya ini perlu lakukan ? Apa yang Najib Tun Razak suruh;

    "kalau ada syarikat atau pengusaha mahu naikkan harga barangan mereka, kita kena soal, yang pertama (sama ada) mereka dapat kemudahan `fleet card."

    "Barang-barang yang digunakan untuk pengeluaran bahan meraka sama ada datang dengan lori ke...prime mover ke...yang mendapat subsidi minyak 15 sen ini."

    "Jadi sekarang ini kenapa mereka perlu naikkan harga barangan mereka, walhal mengikut kajian kita, pukul rata dari segi macam-macam jenis barangan services, minyak merupakan komponen hanya 1.5 peratus daripada total production cost sahaja."

    "Di sini saya suka sarankan pada pengguna, termasuk kepada media
    massa
    , kalau ada mana-mana pengusaha mahu naikkan harga barang, tolong persoalkan sama ada mereka mempunyai asas, justifikasi yang kukuh."

    "Tunjukkan kos mereka (yang) sebenar, apakah kos mereka? Jangan sebut naikkan harga disebabkan harga minyak sudah naik 30 sen dan sebagainya, walhal barangan input mereka untuk sampai ke kilang atau ke kedai adalah dengan diesel bersubsidi kurang 15 sen."

    BERNAMA, 1 Mac 2006

    Pendek kata, kalau jumpa peniaga sebegitu, tanya ! Jumpa sahaja tanya !

    Berbalik kepada kad fleet yang dicanangkan oleh Shafiee Afdal tadi, iaitu seperti yang tertera di berita BERNAMA bertajuk "14 Mac Tarikh Akhir Tuntut Subsidi Minyak", ia ditawarkan kepada pengusaha pengangkutan awam.Setakat ini,

    • 6,707 pemegang lesen berkenaan sudah mendaftar dan membuka akaun dengan 5 syarikat.
    • Sejumlah 93,000 surat tawaran sudah dikeluarkan kepada 87,000 pemilik lesen perkhidmatan awam yang memiliki 285,000 kenderaan yang layak
    • 4,454 surat tawaran telah dikembalikan kepada Pos Malaysia disebabkan alasan alamat salah atau tidak lagi berada di tempat berkenaan

     Manakala jumlah syarikat yang sudah keluarkan kad fleet,

    • 2,951 - ExxonMobil
    • 1,778 - Petronas
    • 1,123 - Shell
    • 630 - BP
    • 225 Caltex

    Itu adalah realitinya, tetapi secara praktikalnya adakah kad fleet ini menunjukkan keberkesanannya ? Seperti yang kita tahu, sistem kad fleet telah digunapakai kepada nelayan dan apa yang diakui sendiri oleh Najib Tun Razak melalui wawancara tentang kenaikan harga minyak di angkasapuri pada 1 March 2006 yang lalu,

    Soalan (Datuk Azman Ujang-Ketua Pengarang Bernama):

    "Komponen penting daripada subsidi ini, adalah subsidi kepada nelayan iaitu diesel. Saya ada statistik yang tidak menarik, dalam tahun 2002 bekalan diesel yang diberi kepada nelayan ialah 326 juta liter yang menghasilkan tangkapan 1.2 bilion tan metrik."

    "Tetapi pada tahun lepas, 2005, bekalan diesel telah naik mendadak 1.2 bilion liter, sedangkan tangkapannya sama lebih kurang dengan tahun 2002. Adakah ini bermakna subsidi diesel ini tidak mencapai kepada kumpulan sasarannya?"

    Jawapan (Najib Tun Razak):  

    "Ini merupakan satu daripada kelemahan besar daripada kaedah subsidi ini. Seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) semalam. Bahawa orang yang patut menerima subsidi, tidak menerimanya dengan sepenuhnya. Orang yang lebih mewah pendapatannya ataupun kurang layak, menerima faedah yang lebih besar daripada orang yang sepatutnya menerima."

    "Jadi contoh yang Datuk Azman (Ujang-Ketua Pengarang Bernama) beri itu memang tepat."

    "Sebab dalam tahun 2002, jumlah penangkapan ikan berada pada 1.29 juta tan metrik. Pada tahun 2005, ia telah menurun sedikit kepada 1.2 juta tan metrik."

    "Tetapi yang anehnya jumlah minyak subsidi ataupun diesel subsidi yang digunakan sektor nelayan, naik tiga kali ganda, dari 326 juta liter kepada 1.37 bilion liter. Tidak masuk akal."

    "Takkan kalau jumlah penangkapan menurun sikit, diesel yang digunakan melonjak naik tiga kali ganda. Tak masuk akal...bererti berlaku penjualan kepada orang yang tidak sepatutnya menerima faedah diesel yang diberi subsidi ini."

    Secara sedar atau tidak sedar, polisi kad fleet yang digunapakai sebelum ini lemah dalam pelaksanaannya. Itu baru para nelayan ! Jadi macam mana kita mahu aplikasikannya kepada golongan baru yang akan dikenakan kad fleet nanti ?

    Nampaknya sistem yang masih belum terbukti kekuatannya mahu pula diperluaskan ke seluruh negara. Kunci bagi setiap isu disini adalah kekuatan penguatkuasaan dari pihak kerajaan. Jika kerajaan gagal untuk kuatkuasakannya siapa lagi yang boleh kita harap ?


     


    TerBiT PaDa 04:26 pm OleH fahisran



    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments





    Previous Entry Home Next Entry