Catatan Demo Kenaikan Harga Minyak di KLCC
Kali ini, pihak BA berjaya lagi mengadakan demo. Kali ini untuk mengutuk kenaikan harga minyak pula.
1) Soalan: Dari mana dan bila perarakan bermula ?
Jawapan: Perarakan bermula Masjid KLCC -->Masuk ke Jln Tun Razak--> Masuk balik ke bangunan KLCC--> Berakhir di Hotel Concord. Demo dilakukan selepas solat jumaat, iaitu kira-kira pukul 2.00 petang
2) Soalan: Berapa ramai yang datang agaknya?
Jawapan: Lihat jerlah gambar kat bawah tuh.. lepas tu kira sendiri... :)
(Menurut Sumber Harakahdaily, 2 ribu orang yang terlibat)
3) Soalan: Slogan apa yang terbaik dalam perhimpunan itu ?
Jawapan: Haa.. ini dia sepanduknya...
(Cemerlang, gemilang tetapi temberang)
4) Soalan: Penyertaan termuda dalam sejarah demonstrasi Malaysia?
Jawapannya: Yaa.. ini dia orangnya....

Nak foto lagi..?

(Apa ingat kami takde kesan kee... bila minyak naik ! Susu kami pun naik tahu..!)
5) Soalan: Siapakah pemimpin-pemimpin pembangkang yang kelihatan ?
Jawapannya: Yang kelihatan hadir di demonstrasi yang disertai oleh pelbagai pihak itu adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Haji Mohamad Sabu, Ahli MKT Parti Keadilan Eakyat (PKR), Dr Badrulamin Baharom dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP, Ronnie Liu.
TerBiT PaDa 06:35 pm OleH fahisran