::ASSALAMUALAIKUM::TeRiMa KaSiH KeRaNa MeLaYaRi WebLogs Amirul Reza Fahmi: "BERSAMA KITA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

| HoMe | | WeBlog Al-Kisah (Preview) | | Laman TVPAS.COM | | Opszionis Media |



<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


:: My PicTuRe ::



:: TV KITA::

TvPAS.com
Live Streaming...........




:: TVPAS MALAYSIA ::





:: WAKTU SOLAT ::



:: QALAM EDITOR ::


up-2-date : 27 November 2006


"SeLaMat MeLayaRi WEBloGs AmiRuL ReZa FaHmi"





Profil Editor



"Editor adalah seorang anak kampung yang terletak di Pekan Pasir Puteh, Kelantan. Kini telah bertugas selaku wartawan di tvpas.com.... Terima Kasih"


PROFIL KU



NAZRAN FAHMI
KUALA LUMPUR
Bekas Mahasiswa USM, Jurusan Kejuruteraan Kimia...
Kini merupakan Wartawan, Jurukamera Sepenuh masa untuk TvPAS.com"

:: Pencarian Maklumat ::

Google
Web amirulreza.blogdrive.com


:: Coretan Lepas::


:: Arkib Terpilih ::


  • Tahniah....Harga Minyak Naik Sekali Lagi Serta-merta! (Jul 31, 05)
  • Apa Respon Pengguna(Buat-Buat Selamba)Apabila Minyak Naik?-Sumber TV3(Jul 31,05)
  • Minyak Naik,Rakyat Tanggung,Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'(Aug 02,05)
  • Kisah Sebenar disebalik kenaikan harga minyak di Malaysia Kini(Feb 28,06)
  • Wawancara Bersama Najib Dlm program Isu Semasa Khas Bersama YAB (March 2,06)
  • Implikasi Antara Teori Dan Realiti Penggunaan Kad Fleet Terhadap Kenaikan Harga Minyak(March 3,06)
  • Catatan Demo Kenaikan Harga Minyak di KLCC (March 3,06)
  • Siapa Cakap Harga Barang Tak Naik...Ni ada senarai harga yang naik..! (March 5,06)
  • Demo Ke-2 Kenaikan Harga Minyak:FRU Serang ? (March 10,06)


    :: Ruangan Pengundian ::

    D
    I
    M
    A
    N
    A
    K
    A
    H

    P
    O
    S
    I
    S
    I

    A
    N
    D
    A

    ?
    Berapakah Bil. Elektrik anda sebulan ?

    Sentiasa Kurang RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Lebih RM 44.00 sebulan
    Sentiasa Bersamaan RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Lebih RM 44.00 sebulan
    Tak Tentu, Selalunya Kurang RM 44.00 sebulan


    :: Pautan Informasi ::


    International News




    World Sports News

    Subscribe with Bloglines

    Lain-lain Informasi...














    Ingin Tahu Berita Terkini...

    Laman Cerminan kelatedaily
    Powered by groups.yahoo.com
    Apabila Anda Berdaftar,segala berita terkini akan di'e-mail'kan kpd anda

    :: Pautan Live ::

    tvPAS.com

    IKIM.FM

    usm.fm - New Usm music





    :: Pautan Riadah::

    Menyemai Kasih, Memupuk Ukhwah




    :: PauTan TerBaiK ::

    | TG Haji Hadi |
    | Jabatan Mufti Perak |
    | P.A.S |
    | DP PAS Penang | | Keadilan Rakyat |
    | DS Anwar Ibrahim | | WebRTV Pas |
    | PAS P.Buntar | | D.P PAS Pusat |
    | TerengganuKini | | MalaysiaKini |
    | BLOGGERS UNITED | | WanitaKini |
    | D.Muslimat PAS Pusat | | Rocky's Bru|
    | Roslan_SMS | | ScreenShots |
    | Hanipa Maidin | | Agenda Daily |
    | WTV8 |


    :: Special Blogs ::


    | PAS N.Sembilan | | PAS TG. Karang |
    | DP Pas Bukit Katil | | DP Pas Seremban |
    | PAS Cheras Jaya | | DP Pas Jasin |
    | DP Pas Johor | | DP Pas Subang |
    | DP Pas PJ Utara |


    :: WeBlogs Kawan ::

    | Cikgu Komando | | Cyber Poyo |
    | Darul Numan | | Elmafraqi |
    | FarEaster | | CheGu Bard |
    | Dr. Petunjuk | | Langkap(PAS Setiu) |
    | Mukhtar Suhaili | | Mujahid |
    | Naim | | Najwa |
    | Harapan-Online | | Norayhunt |
    | Rozmal Malakan | | Sokai |
    | Tok Janggut | | Ust Nasrudin |
    | PakNgah | | Dhany SaLaFiaN |
    | Zaiman Mansor | | Musafir Lalu |
    | Gobalakrishnan |



  • :: ANDA ADALAH PELAYAR KE ::
    counter
    sejak 23 Jan 2005



    :: RUANGAN PEMANTAUAN::


    Ukhwah.com :: Top Blog



    Weather for Penang-Refresh this page to get the latest info
    Penang, Malaysia
     







    :: Promoting Corner ::


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Layout edited from the Huntington template from: BlogDrive
    Image from: MorgueFile
    Designed by: Uncommon Thoughts

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    Serenity


    Parlimen Malaysia
    Tuesday, August 02, 2005
    Minyak Naik,Rakyat Tanggung,Pemimpin BN Pula Terus 'Buncitkan Perut'

    Assalamualaikum w.b.t

    Perang kenaikan harga minyak, nampaknya begitu hebat diperkatakan mutakhir ini dimana-mana sahaja, tidak kira di kedai-kedai kopi,di kedai baiki motor sehinggalah ke kedai pajak gadai. Mungkin untuk masa yang terdekat ini, para 'pencinta minyak' sekalian akan berasa kenaikan ini biasa sahaja, apa tidaknya kebanyakan warga Malaysia ini lebih suka berfikir singkat dan paras 'naik minyak' mereka akan teraktif dengan serta-merta apabila mereka melihat duit mereka yang surut dengan mendadaknya apabila membeli barangan keperluan harian mereka. Untuk masa terdekat ini, warga Malaysia lebih suka dengan 'Prinsip Angguk-angguk' nya apabila mendengar penjelasan dari pihak kerajaan.

    Mutakhir ini, MTEN yang dipelopori oleh Tok Pa sedang sibuk menjaja produk 'minyak urat'nya diserata Malaysia tentang betapa Kerajaan Umno 'terpaksa' menaikkan harga minyak memandangkan harganya dipasaran dunia mencecah US Dollar 60 Setong. Hebohlah Tok Pa ke hulu ke hilir bak seorang gurkha yang kehilangan turbannya. Malah kerajaan telahpun menerbitkan buku bertajuk "Penjelasan Isu Harga Minyak Dan Subsidi" untuk diedarkan kepada rakyat yang sentiasa angguk-angguk sejak keluar dari perut ibu mereka lagi.

    Memang saya tidak nafikan harga minyak petroleum di pasaran dunia meningkat dengan begitu hebat sekali setelah tumbangnya Parti Baath dibawah Saddam Hussein di kaki Bush. Malah ramalan ini telah pun berlegar-legar sejak 2 tahun yang lalu dikalangan pemerhati ekonomi di seluruh dunia malah mahasiswa yang mempelajari matapelajaran petroleum di universiti tempatan juga telah diberitahu oleh para pensyarah tentang 'malapetaka' ini 2 tahun lalu. Tentang itu tidakperlulah dipanjangkan lagi. Itu bukan isunya.

    Isunya disini adalah mengapa dengan lantangnya kerajaan pusat menyeru rakyat jelata berjimat cermat mulai sekarang serta menasihatkan rakyat agar redha dengan kenaikan ini sedangkan para pemimpin BN langsung tidak perlu dinasihatkan agar berpada-pada menggunakan duit negara mutakhir ini untuk perbelanjaan negara?

    Setiap kali minyak dinaikkan, kerajaan akan menggunakan helahnya bahawa keuntungan Petronas yang dinikmati pada Mac 2005 iaitu sebanyak RM 58.03 billion tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk 'subsidize' minyak di Malaysia kerana keuntungan itu untuk pembangunan negara. Rata-rata memfokuskan kepada Petronas,bagaimana pula dengan keuntungan negara dari sektor-sektor lain ? Setidak-tidaknya keuntungan negara dari sektor kerajaan yang lain boleh 'menyuntik' dana kepada kerajaan untuk mensubsidikan petroleum di Malaysia. Betulkan kerajaan mahu menggunakan keuntungan yang didapati untuk pembangunan ataupun mahu menggunakannya untuk 'membuncitkan' perut pemimpin masing-masing.

    Seandainya RM 9 billion yang sepatutnya digunakan oleh kerajaan dari keuntungan Petronas untuk 'subsidize' minyak tidak dapat dijadikan kenyataan, bagaimana pula sekiranya kita menggunakan pendekatan 'memotong gaji' serta semua elaun bagi setiap menteri serta kakitangan kerajaan yang berpendapatan RM 9,000 keatas? Gaji yang dipotong itu dikumpulkan untuk melabur dalam kerja-kerja carigali petroleum yang mana dijadikan alasan utama mengapa keuntungan Petronas tidak boleh digunakan untuk membantu rakyat yang sedang dalam kegawatan.Sekiranya Pak Lah boleh mengarahkan agar kerajaan membelanjakan RM 12.5 juta untuk mengubahsuai mahligai PM di Putrajaya, takkanlah Pak Lah tidak boleh 'dermakan' gaji serta elaunnya demi kesenangan rakyat. Inilah yang dikirakan langkah yang wajar dilakukan kerana pemimpin kerajaan pusat juga harus berkorban sama apabila krisis kenaikan minyak berlaku ! Barulah berbaloi rakyat 'memangkah' lambang 'dacing' sewaktu PRU yang lalu bagi memenangkan BN untuk membentuk kerajaan !

    Adakah langkah itu dianggap mustahil? Untuk pengetahuan warga Malaysia amnya dan kerajaan pusat khasnya, cara pemotongan itulah yang digunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk menyuntik dana demi pembangunan fizikal rakyat diserata Kelantan selama 15 tahun! Mungkin suatu ketika dahulu pemimpin BN 'ketawa terbahak-bahak' melihat kesengsaraan pemimpin PAS Kelantan mengorbankan gaji serta elaun mereka untuk rakyat memandangkan bantuan kewangan yang sepatutnya diberi oleh kerajaan pusat disekat, kini tibalah masanya pemimpin BN pula berbuat demikian !

    Selain itu,acapkali juga kita mendengar paras harga minyak di Malaysia adalah yang terendah di Asean. Sekiranya kita mahu membandingkan Malaysia dan Thailand, boleh bukannya tidak boleh tetapi jika itulah alasannya Malaysia perlu mengkaji semula cukai jalan, tol serta pelbagai kos yang ditanggung oleh pengguna di Malaysia kerana Thailand tidak mempunyai tol malah cukai jalannya pula tersangatlah murah jika dibandingkan dengan Malaysia.

    Selain itu,kerajaan BN memang boleh mencerap anggaran kerugian yang bakal dihadapi kerajaan sekiranya subsidi minyak petroleum terus diberikan kepada rakyat, namun dapatkah wahai pemimpin BN sekalian memikirkan betapa 'tingginya' kenaikan harga barang yang akan dialami oleh penduduk Malaysia di semua sektor ? Kenaikan yang dialami oleh rakyat disifatkan sebagai suatu yang 'unpredictable'. Kenaikan harga disemua sektor 100 peratus dialami oleh rakyat sedangkan pemimpin atasan menikmati elaun yang disediakan oleh kerajaan untuk berbelanja ! Adilkah itu ? Jika mahu harapkan anak buah Shafiee Apdal yang sememangnya gagal menguatkuasakan undang-undang berkait dengan penyeludupan minyak ke negara jiran mahu memantau akan fenomena kenaikan harga barang,nampaknya rakyat terpaksalah menangis tidak berlagu sekali lagi! Memang tidak afdal sekiranya pemimpin atasan khususnya BN tidak tahu akan realiti ini.

    Sememangnya pemimpin BN sekali lagi mahu rakyat 100 peratus bertanggungjawab akan kenaikan harga minyak petroleum ini sedangkan pemimpin itu sendiri langsung tidak mempunyai kesan akan kenaikan ini kerana taraf gaji dan elaun mereka tidak membuatkan mereka mengetahui apa itu nilai kesusahan! Inilah hadiah utama kepada rakyat setelah rakyat memberikan mandat yang begitu besar kepada kerajaan BN untuk memerintah.

    Sedarlah, pemimpin BN sememangnya bencikan hidup susah kerana bertahun lamanya mereka tidak pernah susah untuk menipu rakyat demi mendapatkan undi sewaktu PRU sedang berlangsung.

    Sekian.

    Coretan: Amirulreza (amirulreza.blogdrive.com)

    TerBiT PaDa 09:11 pm OleH fahisran



    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments





    Previous Entry Home Next Entry