Haaa... Tv3 hari ni keluarkan kenyataan Khir Toyo bahawa dia tidak bersalah dan tidak luluskan projek itu, Hmmm... agak-agak boleh percaya ke.. ? Ok, jangan bimbang, minit mesyuarat, fail mesyuarat semua masih ada dalam simpanan kerajaan selangor sekarang.
Ok, nanti kita lihat apa pulah berita dari media arus perdana. Yang pasti, tvpas.com akan siarkan perkara yang sebenar, esok. InsyaAllah.
Hehhe... dengar-dengar ada yang mahu kekalkan Pak Lah sebagai PM, bukan apa, kerana pihak berkenaan itu tahu, kewujudan Pak Lah akan melemahkan lagi, UMNO-BN sedikit demi sedikit.
Pihak yang dahulunya menghentam Pak Lah terutama ketika PRU-12 khabarnya mahu berdiri dibelakang Pak Lah. Haa... ada maknanya tu. Apa macam Sang Kelembai ?
Ehh... nampaknya Menteri Penerangan baru kita, Shabeery Cheek dah bagi persetujuan nak siar perdebatan dalam parlimen ni, tapi 30 minit je. Jadilah, tapi saya rasa ada yang akan buat lebih dari itu.
Hmm...
Ini berita baik bagi peminat sidang parlimen…
Buat pertama kali dalam sejarah negara....RTM akan buat siaran langsung sidang parlimen.Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabrey Cheek memberitahu hari ini siaran langsung itu akan dibuat mulai 30 April ini selama setengah jam setiap hari ada sidang parlimen dari jam 10 hingga 10.30 pagi.Ahmad Shabrey juga memberitahu RTM akan jemput blogger jadi penal dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.Majlis angkat sumpah jawatan para ahli parlimen akan diadakan pada 28 April manakala esoknya Yang Dipertuan Agong akan merasmikan persidangan.- 3/4/2008
AKHIRNYA SIAP EDIT VIDEO HIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM MALAWATI...
Wednesday, April 02, 2008
AKHIRNYA SIAP EDIT VIDEO HIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM MALAWATI...
Sekarang semua ucapan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sudah di uploadkan di tvpas.com. Selamat Menonton. Lega rasanya bila dah siap. Saya akan streaming ucapan berkenaan berganti-ganti sampai satu ketika saya akan bagitahu bila saya akan 'off'.
INSYAALLAH RAKAMAN HIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM MALAWATI 31 MAC AKAN DISIAR
Hmmmm... ramai-ramai orang yang datang di Stadium Malawati pada malam Himpunan Rakyat 31 Mac. MCP tvpas alhamdulillah berjalan lancar, server ok, yang 'sakit hati' sikit pasal tak ada kekuatan internet macam streamyx di stadium tu.
Apa nak buat pasanglah 3G Maxis, tapi alhamdulillah IT Selangor ada bawa 'Jaring', boleh lah pakai, tapi masih sangkut tu macam biasa lah. Namun tvpas telah rakam event tu, jadi 1 April kami tayang 'raw material'.
Jadi semua harap sabar, bila saya dapat compile event tu. Diikuti rakaman Pidato Perdana Kesyukuran di Stadium Selayang. Sabar, ye... letih buat sorang-sorang ni.
IDRIS JUSOH, ROSOL WAHID, DIN ADAM TIADA LAGI 'DATUK' ?
Wednesday, March 26, 2008
IDRIS JUSOH, ROSOL WAHID, DIN ADAM TIADA LAGI 'DATUK' ?
Benarkah Istana Terengganu kini bertindak hingga 3 pemimpin UMNO berkenaan dibuang gelaran 'Datuk' ? Nampaknya, krisis Istana dan UMNO Terengganu makin tenat. Seandainya kita mahu katakan 'kemungkinan' itu memang ada.
Maklumat ini berdasarkan sumber dalaman istana sahaja. Jika benarlah apa yang dikata, memang benarlah apa yang dispekulasikan sebelum ini. Isu Batu Burok, kes wang royalti yang ditarik balik masa PAS memerintah umpamanya menjadi barah dalam politik dalaman Terengganu.Terbaru, pasal penyokong UMNO Terengganu mengguna perkataan kesat pula kepada Istana.
Sekarang, makin kuat cakap-cakap di Terengganu mengenai tindakan sultan Terengganu terhadap pemimpin tertinggi UMNO Terengganu.
Sekarang siapa yang nak UMNO dijunjung, Sultan Terengganu atau Presiden UMNO ?
Hmmm........ kita tunggu keadaan 'panas' ni dalam beberapa hari lagi. Tapi apa yang sudah disiarkan siasahdaily.blogspot.com tak kesah lah. Sumber tidak rasmi memang kata ketiga-tiga pemimpin itu akan dibuang gelaran.
Saya dah cuba tak nak ulas dalam blog, tapi 'tertaip' jugak di blog ini berhubung isu ini. Memang Lim Kit Siang melalui blognya bahawa tak setuju dengan perlantikan Ir Mohd Nizar esok. Namun kalau kita perhatikan disinilah perlunya dibuktikan persepakatan antara DAP-PKR-PAS.
Ok, nama dah diberi kepada Raja Nazrin Shah, 3 kesemuanya iaitu Ngeh Khoo Ham (DAP), Jamaludin Mohd Radzi (PKR). Dan memang DAP dapat kerusi paling banyak antara 3 pembangkang ini.
Apa yang saya rasa nak tahu lebih, kenapa kenyataan dari penasihat Lim Kit Siang (seperti yang dikhabarkan bernama) bukan LKS sendiri. Jika benar DAP mahu pertikai kerusi paling banyak, cuba bandingkan dengan BN pulak, mana paling banyak, sanggupkah diberi kepada BN ?
Dari apa yang saya perhatikan, rakyat bukan melayu terutama cina tidak kesah siapa MB Perak, asalkan bukan BN. Rasanya tidak perlu lagi keruhkan keadaan kerana yang memilih nama adalah Istana sendiri, bukan orang lain, dan seperti kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang semasa Sidang Media petang 12 Mac, semalam, PAS bukan mendesak agar MB Perak yang baru datangnya dari PAS.
Bila tibanya tarikh membuang undi maka legalah sikit otak kami untuk menghadapi propaganda seterusnya melancar serangan kepada parti pemerintah. Setakat ini, stringer di negeri-negeri mengambil alih tugas staff tetap tvpas, jadi saya akui kualiti persembahan dari Kedah terutamanya agak 'teruk' namun itu yang boleh kami lakukan sementara staff baru ditambah (InsyaAllah).
Staff tetap tvPAS masih bertugas tetapi diselang-selikan cuti setiap staff.
Diharap pengunjung setia tvpas dapat menyedari kekurangan jangka masa pendek yang dihadapi. Letih, agak letih, harap semua bagi kami 'chan' kami rest kejap.