Entry: ">Back Square One.... Saturday, May 31, 2008



Sejak kebelakangan ini, banyak sangat peristiwa yang tanpa diduga terserlah di depan mata. Politik memang tentu sekali antara salah satu diantaranya. Makin diperhatikan makin interesting.... dan aku hanya memerhati dan membantu apa yang termampu.

PRU-12, Mahathir Keluar UMNO,... dan sekarang Ezam masuk UMNO. Bagi aku Ezam adalah Ezam, orang yang mampu menghancurkan diri untuk orang lain. Sepanjang yang aku tahu, karektor Ezam ini boleh jadi apa sahaja,.. umpama kucing yang hanya fokus pada satu-satu target, walau apa pun yang aral melintang tetap mahu menerkam sesuatu target.

Apa kata kita tengok sahaja apa jenis 'game' yang dimainkan dalam politik UMNO. Ramuan baru dah ada, nakhoda utama pula sudah tiada. Itulah dunia politik. Dan bagaimana pula dengan kita. Yang penting, apa yang kita mahu untuk generasi kita, bangsa kita, sebelum kiamat menjelma tiba. Sebab itu, politik perlu diselarikan dengan islam kerana islam menjadi peneraju perjuangan kita. Antara melayu dan islam, mana satu yang paling lama ?

Ini pasal dunia aku pula... aku kalau diikutkan bermula Julai 2006 iaitu aku belum lagi mendapat skrol ijazah, aku telah diambil untuk membantu dunia politik ini terutama PAS. Siapalah aku pada masa itu yang hanya budak yang baru keluar dari dunia universiti.

Tapi sedar atau tidak, aku merasakan aku sudah sampai masa dan ketikanya aku kembali ke perjalanan tersendiri aku, tapi ada pulak 'offer' dari dunia media lain yang ingin tarik aku masuk team mereka, ishhh susah juga aku nak fikir... walau apapun hidup perlu diteruskan...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments