Entry: ">Lanun VCD tvPAS kantoi.... ? Monday, June 09, 2008



Jadi benarlah siasatan kami bahawa memang ada yang mendownload berita atau ceramah dari tvpas dan membuat keuntungan beribu-ribu ringgit ! Terbaru salah seorang penonton tvpas yang tinggal di Shah Alam dapat mencekup hamba Allah yang sedang menjual VCD tvpas tanpa kebenaran kami.

Selidik punya selidik rupanya 'Otai' yang membuat kerja ini adalah orang yang berasal dari Kampung Baru, KL. Bila dengar sahaja pengakuan hamba Allah dari Kg Baru ini pedih juga bunyinya apabila kutipan jualan agak tinggi ! Pekerja tvpas pun tak dapat pendapatan begitu rupa. Aduh....

Apa yang nak dibuat sekarang,... Ini baru seorang yang dicekup, bagaimana yang lain,.. ketika kami yang merintih akibat kos operasi, sedap-sedap sahaja orang lain dapat duit. Yang pasti, orang yang mengaku jadi ahli PAS tetapi menjual VCD haram, ishh... cukup memalukan, baik tak payah jadi ahli PAS lah.

Mungkin kami yang umpama lilin ini akan berubah ke bidang lain selepas ini kerana mahu survival pekerjaan kami. Masa itu, ingatlah bukan orang lain yang menjahanamkan media alternatif PAS melainkan orang yang mengaku memperjuangkan PAS sendiri...

Wallahuaklam.

   5 comments

Dr Ahmad Muhammad
July 26, 2008   02:23 AM PDT
 
Dalam hal ni ada pro dan kontra. Pada saya, penat lelah dan titik peluh wartawan TVPAS patut didahulukan sebelum soal penyebaran maklumat secara haram ini dihalalkan kerana matlamat tidak menghalalkan cara. OK. Kita fikir positif dan mengambil pendirian bahawa apa yang dilakukan oleh lanun-lanun ini adalah sebahagian daripada dakwah tetapi pernahkah kita bertanya kepada akal dan iman kita tentang nawaitu kelompok lanun ini memVCDkan siaran TVPAS. Tak salah rasanya sekiranya kelompok lanun ini meminta izin dahulu?
Perkongsian pintar? Win-Win situation? Think about it. Seperkara lagi, sayua baru berjinak-jinak dengan dunia bloggers nih. Silalah lawati blog saya www.drahmadmuhammad.blogspot.com
M.Lokman Yasin
June 18, 2008   12:30 AM PDT
 
Agak lewat saya nak bagi komen tapi nampaknya ruang masih ada jadi ini komen saya.

Kita dalam jamaah islam ini ada peranan masing-masing dalam menyebarkan risalah perjuangan parti. Pokoknya tiap seorang daripada kita sepatutunya tidak terlepas dari tanggungjawab ini.

Perjuangan kita dengan harta benda dan jiwa raga kita. Sekarang apa yang kita mampu lakukan untuk perjuangan ini ?

Kalau dengan mencetak vcd itu boleh disalurkan risalah perjuangan ini alhamdulillah.Apanya nilai ringgit jika nak dibandingkan dengan faedah yang diperolehi dengan menyebarkan risalah islam ini kepada masyarakat, walaupun ada keuntungan pada 'perompak, itu rezeki dia. Apa dibuatnya itu pun ada kos juga.

Imam Syafie, berapa banyak menulis untuk ditinggalkan kitab-kitabnya,berapa royalti yang dia dapat kat dunia ni. Kemudian dari kitab beliau kita ambil ilmunya dan kita buat buku kita pula ,berapa royalti yang nak kita bayar kepada Imam Syafie?

Kalau dalam menyebarkan Islam pun diambilkira soal untung rugi dengan nilai duit ni, baik jangan bercakap tentang islam.

Orang kristian sanggup mengeluarkan duit untuk pikat manusia lain kepada agama mereka tapi kita pula berbicara tentang untung rugi. Segan lah...
Pemerhati
June 12, 2008   03:57 PM PDT
 
Ini la problem kita.... saya kita jer yg buat kerja tak habis... saya setuju dgn komen sblm ni utk kita keluarkan vcd version, byk manfaat bg org yg xdak access internet... tambah2 kat kg. asyik rtm jer. so, guna kaedah win win situation, minta kerjasama member yg cetak rompak tu utk join partner... minta depa tlg usahakan pastu bg lah upah or minta royalti dari depa.
taraknama
June 10, 2008   01:01 PM PDT
 
satu lagi kome yg baik di Utara Online

Setuju dengan komen di atas. Yang downloaded version semua low quality kan? TVPAS sepatutnya ada raw unedited + uncompressed versions -- buat satu siri high quality DVD (news/rencana digest bulanan ke) dan jual dengan harga yang menasabah. Pentingkan volume of sales (agak-agak berapa ringgit je mamat VCD haram tadi jual, pun kaya gak), bukan letak harga macam pasaran DVD sekarang yang cekik darah. Letakkan peringatan pada pekej DVD, beli yang ori (part ni susah sikit -- nak kena ada seal ori la pulak). insyaAllah -- orang akan support dan beli -- suratkhabar Harakah etc pun ada yang beli bercopy-copy dan bagi-bagi kat orang... Wallahu A'lam.
taraknama
June 10, 2008   12:34 PM PDT
 
ini komen seorg sahabat kat utara online..

Apa masalahnya? Disamping mengambil sedikit untung, dia jugak membantu menyebarkan maklumat. Bukan semua orang surf internet. Saya rasa TVPAS kena produce VCD TVPAS dan jual sendiri untuk menambah pendapatan kalau tak mahu orang lain buat, serta jadikan produk TVPAS sebagai hak ekslusif atau hakcipta terpelihara. Saya bukan menggalakkan perkara ini berlaku tetapi saya belum nampak VCD TVPAS original direct dari TVPAS dipasar2 malam seperti VCD2 ceramah yang lain. Sesuatu usaha mesti dilakukkan supaya penyebaran maklumat lebih meluas. Lilin kalau hanya boleh menerangi kawasan sendiri sahaja pun saya rasa tak berapa efektif.

ini komen aku...
aku setuju apa yg dikatakan oleh sahabat tu.. aku bab VCD cetak rompak nie kalau bab2 ceramah ka kuliah ka aku rasa kita tak patut ambil seriously..kita anggapkan itu sedekah dunia akhirat

namun kita jugak kena main peranannya spt kata sahabat tadi.. apa kata anda deal dgn pakcik tu suruh dia jd ajen edar vcd2 tvPAS secara bertauliah.. takpon anda carilah golongan2 yg berkenaan untuk mengedarkan vcd2 yg dikeluarkan oleh TVpas..insya'allah disini saya rasa akan ada keberkatannya... jika anda ada org yg nak produce sendiri VCD2 tersebut sudah tentu anda akan dapat pulangannya sebelom VCD2 tersebut di cetak rompak semula... dan anggapkan VCD2 yg terlepas utk dicetakrompak itu sebagai sumber ILMu dan biarlah allah yg menilaikannya... namun kita kena ada action plan utk nak tangkap 1st edition punya keluaran... jadi saya rasa disini yg kena main perannannya...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments