Entry: ">SALAHUDDIN... KALAH KE..? Wednesday, June 11, 2008



Nampaknya ramai teman-teman di laman web di Tranungkite dan Malaysiakini komen dengan rasa yang tidak puas hati dengan debat yang berlangsung semalam. Benarkah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub gagal berdebat lawan Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Samad mengenai kenaikan harga minyak?

Baiklah, bagi saya terdapat beberapa hujah Salahudin dari segi angka atau faktanya seperti dikesampingkan oleh Shahrir, contohnya istilah keuntungan dan pendapatan tetapi fakta ini sebenarnya dirujuk Salahudin Dari Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz. Satu lagi adalah mengenai hujah harga minyak pada tahun 2006 yang disebut USD 80 sebarrel, itu pun disebut Salahudin 'kalau tak silap saya'. Ini bagi saya salahlah pasal pada masa itu antara USD 60 sebarrel, rekod paling tinggi pun pada kadar USD 70.85 sebarrel pada Ogos 2005. Sila rujuk kajian saya mengenai kenaikan harga minyak pada artikel saya pada 28 Februari 2006. (http://amirulreza.blogdrive.com/archive/192.html)

Cuma apa yang difokuskan Salahudin tindakan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan di kabinet mengenai pengabaian kerajaan yang tidak mengadakan langkah susulan mengenai kenaikan harga minyak dunia pada tahun 2006.

Tetapi apabila dipertikai angka atau istilah rata-rata moral pendengar kita ini sudah kata Salahudin sudah tewas. Tetapi ketika dipertikai Shahrir, adakah Shahrir sebut keuntungan sebenar Petronas ? Kalau benar apa yang diistilah Salahudin sebagai 'keuntungan' Petronas adalah salah ? Satu lagi ketika dipertikai nilai minyak pada tahun 2006, adakah Shahrir sebut nilai sebenar pada masa itu ?

Yang penting, Shahrir juga berjaya alihkan isu kelemahannya kepada kelemahan Salahudin dan kita yang sedang naik minyak dengan kenaikan harga minyak ini terus melatah.

Bagi saya, kedua-dua panel ada kelemahan dan kekurangan.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments