Entry: ">Jawab Komen... pasal tvPAS Monday, June 23, 2008



Ketika saya menyiarkan siaran langsung Perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor, 20 Jun lalu, saya ketika baru sahaja balik dari melakukan kerja di Perak, tidak sempat ambil rehat, tanpa pulang ke rumah saya terus ke Stadium Shah Alam.

Saya mula ke Perak 18 Jun lalu dan sememangnya inilah kerja kami. Rasa-rasa ada orang support tak ? Yang pasti sejak saya bekerja bermula September 2006, saya tidak mengeluh tentang kos, wang, pitih, ongkos.... Saya ke sana adalah atas kerja kewartawanan saya dan untuk merayu siapa-siapa anggota Pakatan Rakyat membantu kami... bukan kami tak buat malah sudah lama kami merayu. Tetapi sedarlah, kita bukannya BN yang boleh senang-senang memberi bantuan kepada pekerja seperti kami ini.

Namun, beberapa hari lalu saya dapat komen sebegini.

Agak lewat saya nak bagi komen tapi nampaknya ruang masih ada jadi ini komen saya.

Kita dalam jamaah islam ini ada peranan masing-masing dalam menyebarkan risalah perjuangan parti. Pokoknya tiap seorang daripada kita sepatutunya tidak terlepas dari tanggungjawab ini.

Perjuangan kita dengan harta benda dan jiwa raga kita. Sekarang apa yang kita mampu lakukan untuk perjuangan ini ?

Kalau dengan mencetak vcd itu boleh disalurkan risalah perjuangan ini alhamdulillah.Apanya nilai ringgit jika nak dibandingkan dengan faedah yang diperolehi dengan menyebarkan risalah islam ini kepada masyarakat, walaupun ada keuntungan pada 'perompak, itu rezeki dia. Apa dibuatnya itu pun ada kos juga.

Imam Syafie, berapa banyak menulis untuk ditinggalkan kitab-kitabnya,berapa royalti yang dia dapat kat dunia ni. Kemudian dari kitab beliau kita ambil ilmunya dan kita buat buku kita pula ,berapa royalti yang nak kita bayar kepada Imam Syafie?

Kalau dalam menyebarkan Islam pun diambilkira soal untung rugi dengan nilai duit ni, baik jangan bercakap tentang islam.

Orang kristian sanggup mengeluarkan duit untuk pikat manusia lain kepada agama mereka tapi kita pula berbicara tentang untung rugi. Segan lah...

(Lokman)

Saya bukan mahu mengungkit, berdosa kah kami meminta sedikit royalti dari seseorang yang menjual VCD dari berita yang telah diterbitkan untuk kesinambungan kami ?

Saya juga ingin bertanya kepada penulis berkenaan, adakah anda mahu kami berjalan kaki untuk membuat liputan di Selangor, KL, Perak atau Kedah ? Ya, orang kristian sanggup mengeluarkan duit untuk pikat manusia kepada agama mereka tapi adakah anda mengeluarkan duit untuk membantu pekerja seperti kami ?

Tahukah kita, orang yang menjual itu dengan terang-terang mengaku mereka mendapat surat kuasa dari tvpas untuk menjual VCD ? Malah ada yang menggunakan nama kami untuk mendapatkan projek, sedangkan projek yang mereka dapat masuk dalam akaun mereka tanpa satu sen pun masuk dalam akaun kami.

Kalau nak dikatakan segan, kami mungkin langsung tidak akan memulakan dunia berita video ini untuk perjuangan kita bersama. Seperti yang saya katakan dulu, BERITA VIDEO bukannya seperti dunia penulisan seperti Harakah, Siasah dan sebagainya. Penerbitan kami memerlukan kos dari segi kamera, server yang kuat dan sebagainya.

Pendek kata, kos diperlukan untuk upgrade kan web kami. Sebab itu, keadaan webtvpas sebelum ini masih sebegitu walaupun telah beberapa lama wujud di alam maya ini, kerana ramai dikalangan kita suka menonton, suka mengkritik siaran langsung yang kuat buffering tapi tidak mahu menyokong dari segi kos untuk memantapkan lagi server.

Kami juga banyak menggunakan tenaga untuk editing, mencari berita dan sebagainya dan tidak ada orang yang khusus untuk menduplicate VCD untuk jualan, apa tidaknya kalau menambah staf bermakna penambahan kos gaji.

Selain itu, tvpas kini tidak lagi meletakkan ceramah atau tazkirah di lamannya kerana untuk menjimatkan 'Data Transfer' dari terus digunakan. Jika tidak dijimatkan, mungkin pertengahan bulan tiada satu pun video yang boleh dilihat. Jika berita kita boleh masukkannya dalam youtube, tetapi ceramah yang panjangnya 1 jam atau lebih, adakah ia muat dalam youtube, maksimum kapasiti untuk video di youtube adalah 10 minit.

Beginilah, untuk memudah cerita apa kata, kepada Hamba Allah yang duplicate VCD dari tvpas dan menjualnya, memberi sedikit royalti kepada kami untuk bergerak ke hadapan, masukkan sahaja wang ke dalam akaun JANA DAMAI SDN BHD (5140 7500 3853). Jika setiap jualan boleh mencecah beribu-ribu RM apa salahnya memberi sikit royalti kepada syarikat ini.

Selain itu, apabila saya buat siaran langsung, mesti ada komen gambar tersekat-sekat, gambat tak clear dan sebagainya, sedangkan kita sebenarnya tidak membantu 'tukang' yang streaming itu dari segi kewangan untuk menambahbaik kemudahan yang ada.

Kita meminta sumbangan bukan kerana dunia, tetapi untuk memudahkan kami terus membantu Pakatan Rakyat terus mara untuk mengambil alih Malaysia dari tangan BN. Kalau hendak dikatakan kami mementingkan wang, pihak kami mungkin tidak akan mengeluarkan pelbagai VCD penerangan kepada rakyat seperti di Kedah dan Kelantan untuk sebaran umum ketika PRU-12 tempoh hari. Masa itu, VCD diedarkan percuma tanpa meminta duit pun dari rakyat.

Tetapi kini, PRU sudah berakhir,... keadaan juga telah berbeza. Kini kami pula perlukan sesuatu untuk terus berbakti. Mungkin apa yang rakyat mahu, kita buka pejabat ditepi jalan, sambil berlilin untuk membuat suatu berita pada sebelah malamnya, jika assignment di Selangor atau sebagainya, kami diminta untuk berbasikal. Kamera video itu pula, perlukan 'tape', mungkin kami diminta mendapatkannya dari sesiapa yang ingin memberi sumbangan.

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments